Wednesday 27 March 2013

6 KATEGORI PEMBURU CINTA WANITA (1)

Haii my darling...my world..my adam .....owhhh he's so cute n awesome...damm


kat atas ni hak milik aq...siyes...tak main2 punya...don't mess with me k....huahahahahahahah....


OMG OMG OMG .....ini kalilah...Aq berbesar hati nak share kat uolllsss semua tentang makhluk yang best...eerrr....taklah best sangat......cuma tanpa dorang ni our life tak ada fun..macam makan ayam Kefsi tanpa cecah ngan sos cili jenama Life.....Lelaki ni kadang kala sukar untuk wanita fahami niat mereka....yelah korang tak tau dorang ngorat tu adakah dorang bersungguh2 or hanya ingin menguji...kalu diberi peluang takut plak hati korang dipermainkan......namun sebaliknya kalu tak diberi kesempatan...korang tak tau plak kemurnian hati mereka nak mendampingi uollss..dan lagi rugi melepaskan seseorang  lelaki yang memuja kamu dalam diam sepenuh hatinya....Jangan risau...ni dia 6 kategori pemburu cinta wanita yang korang wajib dikenali.....


P/S ~~ to all guys yang emcem... yang comey... yang baik hati tu....kalu korang baca...then korang rasa tak setuju ker...tak betul ker..n korang cakap ini semua poyo.....aku cuma angkat 4 jari jer...WHATEVER.....hewhew

So gurlllss ....Cekidot.......

LELAKI PERAHSIA

Tanda2 c dia tertarik ngan kamu : C dia mendekati kamu dan berkata .."Apakah perkara yang membuat kamu berasa selesa?"
C dia kelihatan sungguh menarik : dengan cara c dia memerhatikan kamu...pandangan matanya benar2 menusuk dalam hati kamu...wow!
C dia membuat kamu gila bayang : kerana dia sering mengusik perasaan kamu...malah di bibirnya tidak lepas dari mengucapkan kata2 yg indah didengar..
Fakta PRO : Selalunya jejaka sebegini membuatkan kamu tidak jemu2 untuk terus bersamanya..C dia bijak menarik perhatian kamu dan sentiasa mempunyai idea untuk membuatkan kamu berasa selesa berada disampingnya...
Fakta CONTRA : Kemungkinan juga kamu akan berasa rimas jika c dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu gemari semata-mata...mahu menarik perhatian kamu....Memang tidak semua perkara yang dilakukannya ..kamu berasa senang..ada kalanya merimaskan kamu sahaja...aarrhhgggg.......kamu and AQ memang jenis yang tak suka lelaki yang merimaskan....
Berikan c dia peluang : c dia mahu mengenali latar belakang kamu
Berhati2 apabila : c dia mempergunakan latar belakang kamu untuk memikat kamu...hipokritttt.....biarlah c dia menggunakan cara yang "natural" untuk memikat kamu.....
Larikan diri jika : c dia memaksa kamu untuk menerimanya walau pada hakikatnya kamu tidak menyukainya...
Kamu sedar kamu sudah jatuh cinta terhadapnya apabila : kamu berasa bosan jika c dia tiada disamping kamu....


LELAKI SOFISTIKATED

Tanda2 c dia tertarik terhadap kamu : Sikapnya yang sungguh "gentleman" dan si dia suka melayan kamu macam princess....
C dia kelihatan sungguh menarik : dengan cara c dia memperkenalkan kamu kepada teman2 dan keluarganya...
C dia membuatkan kamu "gila bayang" : apabila c dia membuatkan kamu seolah2 kamulah orang yang paling istimewa dalam hidupnya...Walaupun hanya perkara kecil...c dia akan memberikan layanan kelas pertama kepada kamu...
Fakta PRO : C dia tahu bagaimana hendak menarik perhatian kamu..apa saja kesukaan kamu dan perkara yang kamu benci...sudah tersenarai dalam kepalanya..dia akan lakukan sesuatu yang membuatkan kamu suka dan mengelakkan dari melakukan perkara yang kamu tidak suka...(ouwhhh...so sweeeetttt)....
Fakta Contra : Oppsss...Jangan mudah terpedaya kerana c dia sanggup menggunakan taktik "kotor" semata2 mahu memikat kamu....Untuk itu, kamu harus mengenalinya terlebih dahulu sebarang membuat sebarang keputusan...bak kata pepatah yang tak pandai patah2..."tak kenal..maka tak cinta"
Berikan c dia peluang jika : c dia sanggup melakukan apa saja demi meraih cinta kamu...
Berhati2 aapabila : ada sahaja kritikan darinya yang membuatkan kamu berasa sebal...
Larikan diri jika : c dia mahu mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu...
Kamu sedar kamu dusah jatuh cinta terhadapnya apabila : kamu menuruti segala kata-katanya


LELAKI INTELEK

Tanda2 c dia tertarik terhadap kamu : c dia sering memberitahu kamu tentang novel2 ilmiah yang terbaru dipasaran...
C dia kelihatan sungguh menarik : kerana mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia...
C dia membuatkan kamu gila bayang : kerana kamu mempunyai topik2 yang menarik dan bernas untuk dibualkan..
Fakta PRO : Mentalitinya yang matang membuatkan kamu rasa terpegun setiap kali c dia menyampaikan hujahnya...Dia juga seorang pendengar yang baik..dan mampu memberikan kamu nasihat....
Fakta CONTRA : Kadang-kala c dia agak membosankan kerana sering bersikap "kemas" dan formal...susah juga kalu kamu hendak enjoy sikit sebab c dia lebih suka dalam keadaan ber"protokol"..
Berikan c dia peluang jika : c dia mahu membantu kamu menyelesaikan masalah2 kamu...
Berhati2 apabila : c dia membaca buku2 psikologi yang boleh mengetahui ciri2 sikap seseorang...Pasti deh loh..c dia mahu mencungkil rahsia diri kamu...aucchh...
Larikan diri jika : c dia mendekati kamu semata2 mahu mengubah kamu menjadi seperti dirinya..
Kamu sedar kamu sudah jatuh hati terhadapnya apabila : kamu sudah mula melakukan perkara2 yang menjadi kegemarannya...


LELAKI ROMANTIK

Tanda2 c dia tertarik terhadap kamu : C dia sentiasa mahu berada di sisi kamu tak kira masa...malah c dia lebih cukup mengambil berat tentang diri kamu.
C dia kelihatan sungguh menarik : dengan sikapnya yang sungguh "gentleman" dan dia membuatkan kamu terasa begitu istimewa di hatinya....
C dia membuatkan kamu gila bayang : dengan cara layanannya terhadap kamu dan dia akan mendahulukan kamu dalam apa jua perkara...kemu sememangnya menjadi keutamaan bagi dirinya...
Fakta PRO : dia mahu berlaku jujur terhadap kamu dan sebab itulah sebolehnya dia tidak mahu merahsiakan  apa2 perkara dari kamu...dia terlalu menjaga perasaan kamu dan menggunakan pelbagai cara menarik untuk menambat hati kamu...
Fakta CONTRA : Oppss! sedikit sebanyak c dia mengongkong pergerakkan dan pergaulan kamu...seboleh2nya dia juga menginginkan kamu berlaku jujur terhadapanya dan mendahulukan dirinya walau kamu sudah berjanji dengan rakan2 yang lain...
Berikan c dia peluang jika : c dia benar2 bersungguh2 mahu menjadikan kamu seorang yang istimewa dalam hidupnya...
Berhati2 apabila : c dia mula mempamerkan sikap cemburunya..terhadap kamu..
Larikan diri jika : c dia mula mengongkong kehidupan kamu
Kamu sedar kamu telah jatuh cinta terhadapnya apabila : C dia sering memberikan kamu kata2 puitis dan lagu2 cinta sehingga mengusik perasaan kamu..indahnya perasaan ketika itu....



LELAKI TAMPAN / KACAK

Tanda2 c dia tertarik terhadap kamu : C dia akan tetap mengejar kamu walupun ramai awek2 yang memburunya....
C dia kelihatan sungguh menarik : apabila menampilkan wajahnya yang "cute""emcem"  dan gayanya yang maskulin...
C dia membuatkan kamu gila bayang : wajahnya sering bermain2 tapok2 atau cit2 diruang fikiran kamu walaupun kamu sedaya upanya mengelak dengan bermain DOTA mahupun CS...erm..angau..
Fakta PRO : c dia seorang yang berkeyakinan dan agak peka dengan keadaan disekeliling...dia tahu apa yang dilakukannya dan kurang senang jika ada yang mempertikaikan keputusannya...
Fakta CONTRA : walaweiii...dia kuat cemburu dan tak senang jika melihat kamu bersama lelaki lain...Keegoannya mudah tercabar sekaligus mengakibatkan dia melakukan sesuatu perkara di luar kawalan....maka kamu harus lebih berhati2...
Berikan c dia peluang jika : dia bijak menarik perhatian kamu...dia seperti magnet..mempunyai tarikan tersendiri yang tidak tergambar dek mata kasar...pergh..ayat...matailah juga...Cuma mata hati kamu sahaja yang dapat manafsir dan menilai kesungguhannya terhadap kamu...
Berhati2 apabila : dia menggunakan taktik kotor untuk memerangkap kamu...Dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga berjaya menawan cinta kamu...
Larikan diri jika : c dia melakukan perkara yang boleh membahayakan diri kamu...mintalah bantuan orang lain jika dia mengamcam kamu.... 
Kamu sedar kamu sudah jatuh cinta terhadapnya apabila : kamu sukar untuk melupakannya.....walaupun dia pernah menyakitkan hati kamu...Benarkan cnta itu buta?? atau kamu yang buta menilai erti sebuah cinta...hurmmmmmm


LELAKI MISTERI

Tanda2 c dia tertarik terhadap kamu : C dia akan mempergunakan kawan rapat kamu untuk mendekati kamu...dia perlukan sokongan dari orang lain agar dia berjaya mendampingi diri kamu
C dia kelihatan sungguh menarik : dengan penampilan yang agak serdehana...juga seorang yang "low-profile" dan tidak suka menonjolkan diri...
C dia membuatkan kamu gila bayang : Cara dia mendekati kamu agak unik dan mempunyai kelainan...dia mempunyai gaya yang tersendiri..(bukannya gaya mutusamy tau..) dan tidak mendesak kamu...seboleh2nya dia mahu kamu menerimanya dengan penuh ikhlas dan jujur....
Fakta PRO : dia mempunyai 'sense of humors" dan ini membuatkan kamu tidak berasa bosan apabila berada disampingnya...
Fakta CONTRA : c dia sukar untuk berterus terang dan lebih suka berkias-kias untuk meluahkan isi hatinya...kadang2 dia akan menguji kamu..padahal hakikatnya dia benar2 menyukai kamu....
Berikan c dia peluang jika : dia sanggup meluahkan perasaannya secara gentleman...
Berhati2 apabila : dia mempergunakan orang lain untuk mendapatkan kamu
Larikan diri jika : dia memburu kamu dengan cara yang membuatkan kamu takut atau rimas...
Kamu sedar kamu sudah jatuh cinta terhadapnya apabila : kamu sudah mula mempercayai dirinya dan boleh menerimanya seadanya....




wayang dah habis dah...papapun...tq kerana sudi menjenguk my blog ni...len kali kita sembang ceta lain lagi k....uollss semua take care...papai....and to my babe kat bawah ni...u r so gorgeous in that suit.... 



No comments:

Post a Comment