Friday 24 May 2013

INFO: PENYAKIT KELAMIN (LELAKI & POMPUAN)


PUNCA, TANDA DAN JENIS PENYAKIT KELAMIN


Hari ni aku nak share ilmu/info yang aku dapat dari pembacaan aku melalui risalah2 tang penyakit kelamin......Penyakit kelamin adalah risiko yang  akan  ditanggung oleh mereka yang suka mengamalkan seks bebas, sering bertukar pasangan dan melanggani pelacur… 

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan oleh beberapa institusi kesihatan di serata dunia…lelaki lebih cenderung mengidap satu daripada jangkitan seks jika melakukan persetubuhan dengan pelacur.…Sekurang-kurangnya ada 10 penyakit dijangkitkan menerusi hubungan seks yang boleh memberi kesan serius kepada alat kelamin jika tidak mendapat rawatan awal…


Antara penyakit kelamin ialah uretritis (bukan disebabkan gonokokus NGU), gonorea, ketuat kelamin, herpes kelamin, sifilis, trikomoniasis, kandiasis, Hepatitis B, Aids dan Syankroid……




Pakar perubatan Health Awareness Connection (HAC) Amerika Syarikat, Dr.Robert Taylor menyatakan ada beberapa petunjuk untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pesakit apabila menghadapi masalah dan ada tanda-tanda mengidap penyakit berkenaan….

GONOREA
Ia disebabkan bacteria…Infeksi bermula selepas beberapa minggu hubungan kelamin dilakukan pasangan yang berjangkit…Penyakit itu, mengakibatkan keluarnya cairan daripada kemaluan lelaki malah ketika membuang air kecil terasa sakit….Gejala Gonorea kepada wanita biasanya sangat ringan atau tidak terasa sama sekali…tetapi jika tidak diubati…penyakit itu boleh menjadi parah dan menyebabkan kemandulan…ia boleh disembuhkan dengan menggunakan antibiotic….

SIFILIS
Ia disebabkan bacteria..Gejala serangannya muncul antara tiga minggu hingga tiga bulan selepas hubungan intim dengan penderita penyakit berkenaan…Luka dikesan seperti lubang pada kulit dengan bahagian tepinya lebih tinggi…Pada umumnya ia tidak terasa sakit…Luka hilang selepas beberapa minggu..tetapi virus menetap pada tubuh dan penyakit muncul semula berupa melecet pada seluruh tubuh…kemudian hilang sebelum menyerang bahagian tubuh lain….Sifilis disembuhkan dengan menggunakan penisilin secara bertahap….

HERPES
Ia disebabkan virus,…boleh diubati tetapi sukar untuk disembuhkan…penyakit ini akan mula timbul antara tiga hingga 10 hari selepas hubungan seks dilakukan…Gejala awal muncul seperti melecet yang kemudiannya terbuka menjadi lubang kecil dan berair…Dalam tempoh 5 hingga 10 hari gejala berkenaan hilang….Virus menetap dalam tubuh dan timbul semulatanpa disedari…Wanita kerap tidak sedar menderita Herpes berikutan luka berlaku di vagina….


INFEKSI KULAT
Ia berpunca daripada kulat pada bahagian kulit..menyebabkan kegatalan berwarna merah dibawah kulit alat kelamin lelaki yang tidak disunat…Pada wanita pula…keluar cairan putih kental mengakibatkan rasa gatal…serangan berkenaan diatasi dengan menggunakan krim anti-kulat…

BISUL ALAT KELAMIN
Disebabkan Virus Human Papilloma atau HPV…Ia muncul berupa bisul atau benjolan antara sebulan sehingga setahun selepas hubungan intim dengan penderita penyakit berkenaan…pada umumnya tidak dikesan pada alat kelamin wanita…kerana ianya dijangkiti pada bahagian vagina…Ia boleh diuji dengan lapisan cuka (eeuuuwww)….kesannya serius terhadap wanita kerana boleh mengakibatkan kanser rahim..ia boleh disembuhkan menerusi perubatan…

KETUAT KELAMIN (Genital Warts)
Berlaku apabila virus HPV memasuki kulit melalui lelasan yang tidak nampak terjadi ketika pergerakkan melakukan persetubuhan…Sebaik memasuki kulit (atau dalam selaput dara yang lebih nipis pada faraj wanita)..…virus itu terpendam dan membiak hanya selepas dua atau tiga bulan….apabila ia membiak..ketuat terbentuk…Rawatan adalah melalui menyapu ubat dikenali sebagai asid triklorasetik atau podofilin…sekiranya banyak rawatan laser mungkin perlu....

AIDS / VIRUS HIV
Penyakit akibat hubungan intim paling serius…mengakibatkan system kekebalan tubuh tidak berfungsi…Tidak ada gejala nyata tanpa penelitian darah…Boleh mengakibatkan kematian selepas 10 tahun…dijangkiti virus HIV ini belum ada perubatan yang terbaik…Disebarkan melalui hubungan intim dan kongsi jarum suntik....

*****************************************************************



Note Tambahan: Pemakaian pad/panties juga menyumbang kepada permasalahan wanita zaman sekarang....ini disebabkan kebanyakkan produk pad yg dijual dipasaran adalah diperbuat daripada sampah seperti surat khabar lama yang terbiar dikawasan pelupusan dan diproses dan diremdam dalam bahan yang menghasilkan kandungan dioksin dalam pad yg digunakan...dan berdaarkan beberapa sumber perubatan kandungan dioksin adalah punca utama kebanyakkan masalah wanita...kerana dioksin boleh mengaktifkan sel kanser dalam badan.....sebab itulah wanita sekarang mengalami berbagai jenis penyakit seperti kanser serviks, kanser payudara, kanser rahim, fibroid dan macam2 lagi...... 


Sumber:Bahan2 bacaan yg terdapat di ruangan majalah Perpustakaan Negeri Sabah (Cawangan Tawau)...n Hospital Tawau



~~~~~~~~~~~~~~~~SHARING IS CARING~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment