PUNCA, TANDA DAN JENIS PENYAKIT KELAMIN
Hari ni aku nak share ilmu/info yang aku dapat dari pembacaan aku melalui risalah2 tang penyakit kelamin......Penyakit
kelamin adalah risiko yang akan ditanggung oleh mereka yang suka mengamalkan seks
bebas, sering bertukar pasangan dan melanggani pelacur…
Berdasarkan
pemerhatian yang telah dijalankan oleh beberapa institusi kesihatan di serata dunia…lelaki lebih cenderung mengidap satu daripada jangkitan seks jika
melakukan persetubuhan dengan pelacur.…Sekurang-kurangnya ada 10 penyakit
dijangkitkan menerusi hubungan seks yang boleh memberi kesan serius kepada alat
kelamin jika tidak mendapat rawatan awal…
Antara
penyakit kelamin ialah uretritis (bukan disebabkan gonokokus NGU), gonorea,
ketuat kelamin, herpes kelamin, sifilis, trikomoniasis, kandiasis, Hepatitis B,
Aids dan Syankroid……
Pakar
perubatan Health Awareness Connection (HAC) Amerika Syarikat, Dr.Robert Taylor
menyatakan ada beberapa petunjuk untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada
pesakit apabila menghadapi masalah dan ada tanda-tanda mengidap penyakit
berkenaan….
GONOREA
Ia
disebabkan bacteria…Infeksi bermula selepas beberapa minggu hubungan kelamin
dilakukan pasangan yang berjangkit…Penyakit itu, mengakibatkan keluarnya cairan
daripada kemaluan lelaki malah ketika membuang air kecil terasa sakit….Gejala
Gonorea kepada wanita biasanya sangat ringan atau tidak terasa sama
sekali…tetapi jika tidak diubati…penyakit itu boleh menjadi parah dan
menyebabkan kemandulan…ia boleh disembuhkan dengan menggunakan antibiotic….
SIFILIS
Ia
disebabkan bacteria..Gejala serangannya muncul antara tiga minggu hingga tiga
bulan selepas hubungan intim dengan penderita penyakit berkenaan…Luka dikesan
seperti lubang pada kulit dengan bahagian tepinya lebih tinggi…Pada umumnya ia
tidak terasa sakit…Luka hilang selepas beberapa minggu..tetapi virus menetap
pada tubuh dan penyakit muncul semula berupa melecet pada seluruh
tubuh…kemudian hilang sebelum menyerang bahagian tubuh lain….Sifilis
disembuhkan dengan menggunakan penisilin secara bertahap….
HERPES
Ia
disebabkan virus,…boleh diubati tetapi sukar untuk disembuhkan…penyakit ini
akan mula timbul antara tiga hingga 10 hari selepas hubungan seks
dilakukan…Gejala awal muncul seperti melecet yang kemudiannya terbuka menjadi
lubang kecil dan berair…Dalam tempoh 5 hingga 10 hari gejala berkenaan
hilang….Virus menetap dalam tubuh dan timbul semulatanpa disedari…Wanita kerap
tidak sedar menderita Herpes berikutan luka berlaku di vagina….
INFEKSI
KULAT
Ia berpunca
daripada kulat pada bahagian kulit..menyebabkan kegatalan berwarna merah
dibawah kulit alat kelamin lelaki yang tidak disunat…Pada wanita pula…keluar
cairan putih kental mengakibatkan rasa gatal…serangan berkenaan diatasi dengan
menggunakan krim anti-kulat…
BISUL ALAT
KELAMIN
Disebabkan
Virus Human Papilloma atau HPV…Ia muncul berupa bisul atau benjolan antara
sebulan sehingga setahun selepas hubungan intim dengan penderita penyakit
berkenaan…pada umumnya tidak dikesan pada alat kelamin wanita…kerana ianya dijangkiti
pada bahagian vagina…Ia boleh diuji dengan lapisan cuka (eeuuuwww)….kesannya
serius terhadap wanita kerana boleh mengakibatkan kanser rahim..ia boleh
disembuhkan menerusi perubatan…
KETUAT
KELAMIN (Genital Warts)
Berlaku
apabila virus HPV memasuki kulit melalui lelasan yang tidak nampak terjadi ketika
pergerakkan melakukan persetubuhan…Sebaik memasuki kulit (atau dalam selaput
dara yang lebih nipis pada faraj wanita)..…virus itu terpendam dan membiak hanya
selepas dua atau tiga bulan….apabila ia membiak..ketuat terbentuk…Rawatan
adalah melalui menyapu ubat dikenali sebagai asid triklorasetik atau
podofilin…sekiranya banyak rawatan laser mungkin perlu....
AIDS /
VIRUS HIV
Penyakit
akibat hubungan intim paling serius…mengakibatkan system kekebalan tubuh tidak
berfungsi…Tidak ada gejala nyata tanpa penelitian darah…Boleh mengakibatkan
kematian selepas 10 tahun…dijangkiti virus HIV ini belum ada perubatan yang
terbaik…Disebarkan melalui hubungan intim dan kongsi jarum suntik....
Note Tambahan: Pemakaian pad/panties juga menyumbang kepada permasalahan wanita zaman sekarang....ini disebabkan kebanyakkan produk pad yg dijual dipasaran adalah diperbuat daripada sampah seperti surat khabar lama yang terbiar dikawasan pelupusan dan diproses dan diremdam dalam bahan yang menghasilkan kandungan dioksin dalam pad yg digunakan...dan berdaarkan beberapa sumber perubatan kandungan dioksin adalah punca utama kebanyakkan masalah wanita...kerana dioksin boleh mengaktifkan sel kanser dalam badan.....sebab itulah wanita sekarang mengalami berbagai jenis penyakit seperti kanser serviks, kanser payudara, kanser rahim, fibroid dan macam2 lagi......
Sumber:Bahan2 bacaan yg terdapat di ruangan majalah Perpustakaan Negeri Sabah (Cawangan Tawau)...n Hospital Tawau
~~~~~~~~~~~~~~~~SHARING IS CARING~~~~~~~~~~~~~